Alhamdulillah, dari 27 hingga 28 September 2013 telah berlangsung Kem Kecemerlangan Teknik Vokasional : Installmen Reka Cipta Daerah Pasir Gudang anjuran PPDPG Teknik Vokasional (En Muhammad) dengan kerjasama JKD-JKD especially En Saiful JKD Reka Cipta..
Kem berlangsung di Pusat Latihan SAJ Sg Layang, Pasir Gudang.
Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Permas Jaya, SMK LKTP Ulu Tebrau, SMK Kota Masai dan of courselah SMK Pasir Putih..
Jadi, seramai 23 org pelajar Reka Cipta 5 Rushd telah pergi menjayakan kem tersebut.
Nampaknya impak maksimum lah... katakan..
Ni nak score A+ ke taknak ni?!
Apa2 pun, terima kasih banyak-banyak sgt kepada Pn Faridah bt Abang Wahab kerana telah menyampaikan segala ilmu dan soalan-soalan bocor.. opps! Hehe
Tahniah kepada pelajar RC Tingkatan 4 yang sudah pun mula Aspek 1.3!
Nampaknya lepas ni, korang kena hasilkan idea yang power-powerlah..
Antara cara yang paling berkesan untuk menjana idea yang up-to-date dan komersil adalah dengan kajian internet..
Apa? Ada yang tak tahu cara guna internet untuk cari idea? Hum, mari cikgu tunjukkan:
1) Gunakan Bahasa Inggeris
Internet kan global, jadi bila nak search tu, kenalah guna term Bahasa Inggeris. Contohnya, kalau kumpulan yang buat Pemotongan Buah Mangga, carilah perkatan Mango Harvester, atau Mango Pruning. Apa lagi perkataan yang sesuai? Cutter boleh tak?
Nak tahu, tulislah "harvest synonym" kat Google..
2) Guna Google Image
Ni cara yang paling cepat untuk sumbangsaran idea.. Gunakan Google Image. Berlambak-lambak gambar yang keluar bila kita taip "mango harvesting tools", contohnya:
Daripada yang canggih sampai yang paling simple, semua ada..
4) Guna YouTube
YouTube pun bagus untuk sumbangsaran idea kita, boleh nampak alat tu berfungsi. Jadi kita tau apa kekuatan dan kelemahan dia.. just search guna search term yang ada kaitan dengan idea kita..
contohnya:
5) Guna laman shopping (beli-belah)
Laman web shopping pun dah tentu akan mengiklankan produk-produk yang banyak, yelah, supaya pelanggan senang nak cari produk apa yang paling sesuai dengan masalah diorang..
Jadi di situlah peluang nak cari idea-idea design yang power,
Antara laman web shopping yang besar dan terkenal adalah : eBay - http://www.ebay.com (pelbagai produk, tapi biasanya produk kegunaan harian dan murah) Amazon - http://www.amazon.com (pelbagai produk) AliBaba - http://www.alibaba.com (biasanya produk industri)
Ok, setakat itu dulu masa yang ada.. Selamat menjana idea ye!
Ok, di sini saya 'up'kan senarai tema kerja kursus SPM 2014 untuk memudahkan rujukan :
1.0 PENGHANCURAN
1.1 Bidang Penyediaan makanan.
1.2 Pengenalan
Penghancuran merupakan proses kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi lebih kecil atau halus.
1.3 Fokus Reka Ciptaan Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan supaya menjadi lebih kecil atau halus. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
1.4 Takrif
Penghancuran merupakan perihal (perbuatan) menghancurkan. Kamus Dewan :
(i) Penghancuran : perihal (perbuatan dsb) menghancurkan
(ii) Menghancurkan : menjadi hancur atau pecah berserpihan
atau remuk atau relai.
1.5 Kaedah Penghancuran Menggiling / menumbuk / menghentam / memotong / merincih / mengisar / menekan / memampat / mengapit / memutar. (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
2.0 PEMOTONGAN
2.1 Bidang Kepenggunaan.
2.2 Pengenalan
Pemotongan merupakan proses kerja yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.
2.3 FokusReka Ciptaan Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja memotong bahan atau benda atau makanan atau tanaman. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kursus Reka Cipta)
2.4 Takrif
Pemotongan merupakan proses kerja atau aktiviti untuk mengerat / menghiris / menebang / menggunting / memangkas / menuai / menoreh supaya sesuatu bahan / benda / makanan / tanaman dapat dipotong. Kamus Dewan:
(i) Memotong : memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain).
(ii) Pemotongan : perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat).
2.5 Kaedah Pemotongan Mengerat / menghiris / menebang / menggunting / memangkas / menuai / menoreh. (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
3.0 PENCEGAHAN
3.1 Bidang Keselamatan.
3.2 Pengenalan
Pencegahan merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara yang tidak diingini.
3.3 Fokus Reka Ciptaan Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau perkakasan atau benda atau tanaman atau makanan daripada kerosakan atau kemusnahan atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
3.4 Takrif
Pencegahan adalah satu cara untuk menghalang / melindungi / bahan / peralatan / perkakasan / benda / tanaman / makanan daripada kerosakan / kemusnahan / kecurian / kebakaran / kehilangan. Kamus Dewan:
(i) Mencegah : menghalang (menegah, menolak dan lain-lain) mengikhtiarkan supaya jangan berlaku.
(ii) Pencegahan : perihal (perbuatan dan sebagainya) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan).
3.5 Kaedah Pencegahan Memancut / menyembur / mengesan / merenjat / menutup / melindung / mengunci / memerangkap / mengikat / memagar / menyarung / membungkus / menghadang / menyekat . (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)