Nampaknya lepas ni, korang kena hasilkan idea yang power-powerlah..
Antara cara yang paling berkesan untuk menjana idea yang up-to-date dan komersil adalah dengan kajian internet..
Apa? Ada yang tak tahu cara guna internet untuk cari idea? Hum, mari cikgu tunjukkan:
1) Gunakan Bahasa Inggeris
Internet kan global, jadi bila nak search tu, kenalah guna term Bahasa Inggeris. Contohnya, kalau kumpulan yang buat Pemotongan Buah Mangga, carilah perkatan Mango Harvester, atau Mango Pruning. Apa lagi perkataan yang sesuai? Cutter boleh tak?Nak tahu, tulislah "harvest synonym" kat Google..
2) Guna Google Image
Ni cara yang paling cepat untuk sumbangsaran idea.. Gunakan Google Image. Berlambak-lambak gambar yang keluar bila kita taip "mango harvesting tools", contohnya:Daripada yang canggih sampai yang paling simple, semua ada..
4) Guna YouTube
YouTube pun bagus untuk sumbangsaran idea kita, boleh nampak alat tu berfungsi. Jadi kita tau apa kekuatan dan kelemahan dia.. just search guna search term yang ada kaitan dengan idea kita..contohnya:
5) Guna laman shopping (beli-belah)
Laman web shopping pun dah tentu akan mengiklankan produk-produk yang banyak, yelah, supaya pelanggan senang nak cari produk apa yang paling sesuai dengan masalah diorang..Jadi di situlah peluang nak cari idea-idea design yang power,
Antara laman web shopping yang besar dan terkenal adalah :
eBay - http://www.ebay.com (pelbagai produk, tapi biasanya produk kegunaan harian dan murah)
Amazon - http://www.amazon.com (pelbagai produk)
AliBaba - http://www.alibaba.com (biasanya produk industri)
Ok, setakat itu dulu masa yang ada.. Selamat menjana idea ye!



