Tuesday, October 1, 2013

Kem Kecemerlangan Reka Cipta Daerah Pasir Gudang

Alhamdulillah, dari 27 hingga 28 September 2013 telah berlangsung Kem Kecemerlangan Teknik Vokasional : Installmen Reka Cipta Daerah Pasir Gudang anjuran PPDPG Teknik Vokasional (En Muhammad) dengan kerjasama JKD-JKD especially En Saiful JKD Reka Cipta..

Kem berlangsung di Pusat Latihan SAJ Sg Layang, Pasir Gudang.
Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Permas Jaya, SMK LKTP Ulu Tebrau, SMK Kota Masai dan of courselah SMK Pasir Putih..

Jadi, seramai 23 org pelajar Reka Cipta 5 Rushd telah pergi menjayakan kem tersebut.
Nampaknya impak maksimum lah... katakan..











Ni nak score A+ ke taknak ni?!

Apa2 pun, terima kasih banyak-banyak sgt kepada Pn Faridah bt Abang Wahab kerana telah menyampaikan segala ilmu dan soalan-soalan bocor.. opps! Hehe

Da BEST!

Sunday, September 22, 2013

Cara Yang Betul Untuk Mendapatkan Sumber Idea Melalui Internet?

Tahniah kepada pelajar RC Tingkatan 4 yang sudah pun mula Aspek 1.3!
Nampaknya lepas ni, korang kena hasilkan idea yang power-powerlah..

Antara cara yang paling berkesan untuk menjana idea yang up-to-date dan komersil adalah dengan kajian internet..

Apa? Ada yang tak tahu cara guna internet untuk cari idea? Hum, mari cikgu tunjukkan:



1) Gunakan Bahasa Inggeris

Internet kan global, jadi bila nak search tu, kenalah guna term Bahasa Inggeris. Contohnya, kalau kumpulan yang buat Pemotongan Buah Mangga, carilah perkatan Mango Harvester, atau Mango Pruning. Apa lagi perkataan yang sesuai? Cutter boleh tak?

Nak tahu, tulislah "harvest synonym" kat Google..




2) Guna Google Image

Ni cara yang paling cepat untuk sumbangsaran idea.. Gunakan Google Image. Berlambak-lambak gambar yang keluar bila kita taip "mango harvesting tools", contohnya:

  

Daripada yang canggih sampai yang paling simple, semua ada..

4) Guna YouTube

YouTube pun bagus untuk sumbangsaran idea kita, boleh nampak alat tu berfungsi. Jadi kita tau apa kekuatan dan kelemahan dia.. just search guna search term yang ada kaitan dengan idea kita..

contohnya:


5) Guna laman shopping (beli-belah)

Laman web shopping pun dah tentu akan mengiklankan produk-produk yang banyak, yelah, supaya pelanggan senang nak cari produk apa yang paling sesuai dengan masalah diorang..

Jadi di situlah peluang nak cari idea-idea design yang power,




Antara laman web shopping yang besar dan terkenal adalah :
eBay - http://www.ebay.com (pelbagai produk, tapi biasanya produk kegunaan harian dan murah)
Amazon - http://www.amazon.com (pelbagai produk)
AliBaba - http://www.alibaba.com (biasanya produk industri)

Ok, setakat itu dulu masa yang ada.. Selamat menjana idea ye!

Wednesday, September 18, 2013

Bagaimana Kayu Manis Dipotong?

Kepada calon yang membuat tema Pemotongan : Kayu Manis
boleh tonton dua video di bawah untuk melihat bagaimana kayu manis dipotong dan dituai :

Video 1: 



Video 2:


Untuk Video 2:
2:05 lihat bagaimana kayu manis ditebang.
4:00 lihat bagaimana kayu manis dikuliti.

Bincang sama ada nak buat alat menebang pokok kayu manis, atau alat mengulit sahaja. Atau hasilkan alat yang boleh buat kedua-duanya.

Tuesday, September 17, 2013

Carta Gantt Pelaksanaan Kerja Kursus 2013-2014

Secara amnya, tarikh-tarikh penghantaran dan pemarkahan kerja kursus reka cipta 2013-2014 (SPM 2014) adalah seperti berikut :



PENGHANTARAN
ASPEK PENERANGAN 1 2 3





1.1 02 OGO 16 OGO 23 OGO 30 OGO





1.2 06 SEP 13 SEP 20 SEP 27 SEP





1.3 04 OKT 11 OKT 18 OKT 25 OKT





1.4 10 JAN 17 JAN 24 JAN 31 JAN





1.5 07 FEB 14 FEB 21 FEB 28 FEB





1.6 07 MAC 14 MAC 21 MAC 28 MAC

Secara ringkas, calon diberi masa seminggu dari tarikh penerangan untuk menyiapkan satu-satu aspek. Maksimum adalah sehingga sebulan.

Senarai Tema Kerja Kursus Reka Cipta SPM 2014

Ok, di sini saya 'up'kan senarai tema kerja kursus SPM 2014 untuk memudahkan rujukan :



1.0 PENGHANCURAN


1.1 Bidang
Penyediaan makanan.
1.2 Pengenalan
Penghancuran merupakan proses kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi lebih kecil atau halus.
1.3 Fokus Reka Ciptaan
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan supaya menjadi lebih kecil atau halus. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
1.4 Takrif 
Penghancuran merupakan perihal (perbuatan) menghancurkan. Kamus Dewan :
(i) Penghancuran : perihal (perbuatan dsb) menghancurkan
(ii) Menghancurkan : menjadi hancur atau pecah berserpihan
atau remuk atau relai.
1.5 Kaedah Penghancuran
Menggiling / menumbuk / menghentam / memotong / merincih / mengisar / menekan / memampat / mengapit / memutar. (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)


2.0 PEMOTONGAN

2.1 Bidang
Kepenggunaan.
2.2 Pengenalan
Pemotongan merupakan proses kerja yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.
2.3 Fokus Reka Ciptaan
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja memotong bahan atau benda atau makanan atau tanaman. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kursus Reka Cipta)
2.4 Takrif
Pemotongan merupakan proses kerja atau aktiviti untuk mengerat / menghiris / menebang / menggunting / memangkas / menuai / menoreh supaya sesuatu bahan / benda / makanan / tanaman dapat dipotong. Kamus Dewan:
(i) Memotong : memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain).
(ii) Pemotongan : perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat).
2.5 Kaedah Pemotongan
Mengerat / menghiris / menebang / menggunting / memangkas / menuai / menoreh. (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)


3.0 PENCEGAHAN

3.1 Bidang
Keselamatan.
3.2 Pengenalan
Pencegahan merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara yang tidak diingini.
3.3 Fokus Reka Ciptaan
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau perkakasan atau benda atau tanaman atau makanan daripada kerosakan atau kemusnahan atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
3.4 Takrif
Pencegahan adalah satu cara untuk menghalang / melindungi / bahan / peralatan / perkakasan / benda / tanaman / makanan daripada kerosakan / kemusnahan / kecurian / kebakaran / kehilangan. Kamus Dewan:
(i) Mencegah : menghalang (menegah, menolak dan lain-lain) mengikhtiarkan supaya jangan berlaku.
(ii) Pencegahan : perihal (perbuatan dan sebagainya) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan).
3.5 Kaedah Pencegahan
Memancut / menyembur / mengesan / merenjat / menutup / melindung / mengunci / memerangkap / mengikat / memagar / menyarung / membungkus / menghadang / menyekat . (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)