1.0 PENGHANCURAN
1.1 Bidang
Penyediaan makanan.
1.2 Pengenalan
Penghancuran merupakan proses kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi lebih kecil atau halus.
1.3 Fokus Reka Ciptaan
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan supaya menjadi lebih kecil atau halus. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
1.4 Takrif
Penghancuran merupakan perihal (perbuatan) menghancurkan. Kamus Dewan :
(i) Penghancuran : perihal (perbuatan dsb) menghancurkan
(ii) Menghancurkan : menjadi hancur atau pecah berserpihan
atau remuk atau relai.
1.5 Kaedah Penghancuran
Menggiling / menumbuk / menghentam / memotong / merincih / mengisar / menekan / memampat / mengapit / memutar. (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
2.0 PEMOTONGAN
2.1 BidangKepenggunaan.
2.2 Pengenalan
Pemotongan merupakan proses kerja yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.
2.3 Fokus Reka Ciptaan
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja memotong bahan atau benda atau makanan atau tanaman. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kursus Reka Cipta)
2.4 Takrif
Pemotongan merupakan proses kerja atau aktiviti untuk mengerat / menghiris / menebang / menggunting / memangkas / menuai / menoreh supaya sesuatu bahan / benda / makanan / tanaman dapat dipotong. Kamus Dewan:
(i) Memotong : memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain).
(ii) Pemotongan : perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat).
2.5 Kaedah Pemotongan
Mengerat / menghiris / menebang / menggunting / memangkas / menuai / menoreh. (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
3.0 PENCEGAHAN
3.1 BidangKeselamatan.
3.2 Pengenalan
Pencegahan merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara yang tidak diingini.
3.3 Fokus Reka Ciptaan
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau perkakasan atau benda atau tanaman atau makanan daripada kerosakan atau kemusnahan atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan. (Rujuk aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
3.4 Takrif
Pencegahan adalah satu cara untuk menghalang / melindungi / bahan / peralatan / perkakasan / benda / tanaman / makanan daripada kerosakan / kemusnahan / kecurian / kebakaran / kehilangan. Kamus Dewan:
(i) Mencegah : menghalang (menegah, menolak dan lain-lain) mengikhtiarkan supaya jangan berlaku.
(ii) Pencegahan : perihal (perbuatan dan sebagainya) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan).
3.5 Kaedah Pencegahan
Memancut / menyembur / mengesan / merenjat / menutup / melindung / mengunci / memerangkap / mengikat / memagar / menyarung / membungkus / menghadang / menyekat . (Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
No comments:
Post a Comment